





BLOG INI ADALAH CATITAN DIARI KAMI DALAM PROJEK PENTERNAKAN KAMBING. SEBARANG PERTANYAAN KHUSUS DLM BIDANG INI ADALAH DISARANKAN UNTUK MERUJUK KEPADA YANG PAKAR. "Sampai bila kita nak kerja bawah orang? Sampai bila kita nak ikut telunjuk orang? Bila kita nak jadi BOS? Bila kita nak ada bisnes sendiri? KAMBING...ya...kambing lah bakal sumber pendapatan utama kita..Di mana ada usaha di situ ada kejayaan..InsyaAllah.."
7 SEPT. Bulan ramadan tiba lagi. Tapi kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Kali ini kami begelar sebagai penternak kambing. Masih lagi teringat pada tahun lepas, ketika bulan puasa juga kami sedang sibuk membersihkan kawasan kebun untuk di jadikan tapak kandang kambing. Terasa perit jugak ketika itu kerana sedang berpuasa.Tetap teruskan jugak...tetapi buat mana yang termampu...
Tetapi sekarang kandang telah pun siap. Kambing pun ada yang dah beranak. Tetapi ini baru permulaan. Perjalanan masih lagi jauh...