Sunday, August 3, 2008

SUSU KAMBING

Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
· Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
· Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
· Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
· Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
· Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
- Unsur pemakanan yang hampir lengkap
- Kurang alahan (kandungan alpha-s1 casien dan lactose yang rendah)
- Tidak perlu di homogenise (globule lemak kecil)
- Buffering Capacity (BC) yang tinggi, bersifat alkali
- baik untuk mengubati ulser perut
- Ada unsur antifungal dan antibacteria, baik untuk jangkitan kulat pada urogenital
- Digunakan untuk mengubati penyakit kuning
- Kalsium tinggi, menghindar osteoporosis/kereputan tulang, menghindar kanser colon, migraine.
Fakta diambil dari