Tuesday, April 15, 2008

Kami Kini 3 Bulan...

15hb April...Pejam celik, aktiviti penternakan kami telah menjangkau 3 bulan. Banyak perubahan telah berlaku di kandang kami. Yang paling ketara adalah jumlah kambing. Pada Januari 2008 kami membawa masuk kambing sebanyak 34 ekor, 25 ekor daripadanya telah pun di buntingkan awal2 lagi. Dan kini selepas 3 bulan, jumlahnya telah meningkat menjadi 69 ekor! Hanya tinggal seekor yang belum melahirkan anak.
Pada bulan pertama aktiviti penternakan, saya dan ayah memang terasa perit untuk membiasakan diri dalam bidang ni. Tetapi berkat pengalaman dan tunjuk ajar Che Mat yang telah berguru di TTSB lebih kurang 3 bulan, sedikit demi sedikit kami berjaya menyerap ilmu yang ada pada dia.
Hari - hari yang mendatang akan lebih mencabar dalam aktiviti penternakan dengan kos makanan ternakan yang semakin naik. Oleh itu kami sedang cuba untuk mencari makanan alternatif yang sesuai untuk kambing bagi mengimbangi kenaikan kos tersebut.

Tuesday, April 1, 2008

Banyaknya Anak Kambing Part 2...

1 April...bulan Mac 2008 boleh dikatakan bulan kambing beranak..dengan kumpulan kedua (24 Mac hingga 30 MAc) kelahiran mencatatkan sebanyak 10 ekor lagi anak kambing selamat dilahirkan. Dari 6 kelahiran, 4 darinya kelahiran kembar 2 dan 2 kelahiran tunggal. Memang riuh rendah kandang kami...bulan Mac saja, 21 ekor anak kambing muncul depan mata...macam tak percaya je..alhamdulillah ..rezeki...oh ye, kumpulan pertama anak kambing telah pun di satukan dengan ibu - ibu mereka di dalam petak besar..senang sket nak jaga..
Cuaca kebelakangan ni agak kurang baik...asyik hujan di sebelah petang..membantutkan usaha kami untuk mencari daun sawit di ladang berhampiran...akibatnya, makan dedak jelah kambing tu..