Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

24 Sept 2009.. ..Kami dari BERJAYA GOAT FARM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sahabat sahabat penternak dan juga pelawat pelawat blog kami. Semoga lepas raya ni kita dapat bekerja lebih kuat untuk memajukan industri kambing negara...

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Berpuasa

9 Sept 2009... Selamat berpuasa...hari ni genaplah 19 hari umat islam menjalani ibadah puasa. Pada 22 Ogos lalu, iaitu hari pertama kita berpuasa, kandang kami menerima seekor lagi ahli baru. Kali ini anak jantan boer pula. Boer kelahiran pertama di kandang BERJAYA GOAT FARM. Sempena kelahirannya pada 1 Ramadan, kami namakan anak kambing itu PUASA . Heheh....senang sikit nak ingat...


Sunday, July 19, 2009

SILAJ

19 Julai 2009...Silaj adalah sejenis makanan dari tumbuhan seperti batang jagung, rumput napier, daun daun liar yang telah di mesin kemudian di peram. Kami juga tidak ketinggalan untuk membuat silaj bagi kegunaan kambing kami. Menurut Che Mat, tumbuhan yang sesuai untuk dijadikan silaj adalah batang jagung(daun pun boleh) dan rumput napier. Ini kerana tumbuhan ini mempunyai protein yang tinggi yang di perlukan untuk tumbesaran kambing. Tetapi kami hanya menggunakan napier dan daun sawit kerana mudah didapati di kawasan kami. Daun sawit pula mempunyai bahan antioksida dan dapat mencantikkan bulu kambing.

Selepas di mesin, daun yang telah hancur di padatkan kedalam tong drum plastik dengan 3 lapisan. Setiap lapisan, hendaklah di masukkan molases (3/4 gayung mandi), garam kasar (1/2 genggam) dan air (1/2 gayung). Jika menggunakan daun sawit, digalakkan lebihkan air kerana sawit adalah bahan kering. Juga boleh di masukkan EM (Effective Microorganisms) jika suka kerana EM adalah bakteria baik yang dapat menyihatkan dan menghilangkan bau tinja kambing. Kemudian, tong hendaklah di tutup rapat (kedap udara) supaya tiada benda asing dapat masuk dan tahan lebih lama. Silaj sesuai di peram selama 2 minggu sebelum di berikan kepada ternakan. Silaj juga sesuai di gunakan apabila tibanya musim hujan, di mana pergerakan untuk menebang rumput napier terbatas. Selamat mencuba !

Monday, June 22, 2009

Kambing Cross

21 JUNE 2009....Kambing Cross..Apakah yang di maksudkan dengan kambing cross?. Kambing cross bermaksud kambing yang telah di kacukkan. Contoh : Boer dengan Jamnapari, boer dengan saneen, jamnapari dengan kambing kampung,boer dengan kambing kampung dan sebagainya. Tujuan mengkacukkan kambing adalah untuk mendapatkan baka yang lebih baik dari baka yang sebelumnya. Seperti Jamnapari dengan Boer- akan mendapat kambing yang tinggi dan mempunyai isi seperti boer dan juga mempunyai susu yang banyak seperti jamnapari.
Pada Ahad lepas, kami telah menghantar 4 ekor kambing jamnapari betina ke kandang HJ. Bakli di Chembong untuk di kahwinkan dengan jantan Saneen. Supaya anaknya nanti bila dewasa, dapat menghasilkan susu yang banyak. Kami tiba di kandang HJ. Bakli lebih kurang pukul 11.10 pagi. Menyambut kedatangan kami dan 4 ekor "anak dara" adalah pekerja Hj. Bakli yang bernama Ali.


Monday, June 15, 2009

Kambing Beriadah

15 Jun 2009....Hujung minggu hari tu, adalah sesi melepaskan kambing untuk mereka beriadah di kawasan belakang kandang. Asyik dok dalam kandang je...bosan gak kan...sesekali nak gak jalan2 hirup udara segar...Pada mulanya, agak susah jugak nak turunkan diorang ni dari kandang...masing2 takut, tak biasalah katakan. Bila dah jejak kai ke tanah pulak, ada satu lagi masalah. Diorang taktau nak menghala ke mana. Ada yang lari bawah kandang... ada yang naik ke kandang semula...Terpaksa lah kitorang umpankan dengan daun napier supaya dapat mengikut ke belakang.
Bila dah sampai kebelakang, takde la susah sangat..bila diorang nampak je rumput atau daun yang ada kat situ, terus la meragut...Selepas ni, kalau boleh kitorang nak lepaskan kambing tu tiap2 minggu. Biar diorang biasa dengan kawasan di belakang tu...dapat beriadah...badan pun sehat...

Saturday, May 9, 2009

Kambing Untuk Akikah dan Korban

9Mei 2009... Kami ada menyediakan kambing feral bagi tujuan sembelihan Akikah dan Korban. Berat Kambing adalah antara 35kg - 40kg. Harga boleh di runding. Khidmat sembelih dan melapah juga disediakan. Hubungi kami kerana stok sentiasa ada....

Saturday, March 21, 2009

Mesin Chopper rumput dengan Grinder..



17 Februari 2009...Setelah setahun kandang kambing kami beroperasi dan dengan bilangan kambing yang semakin bertambah, tibalah masanya kami menggunakan mesin untuk menghancurkan rumput napier dan daun sawit. Sebelum ini, kami hanya memberikan rumput dengan meletakkan nya di dalam tempat makanan manakala daun sawit di gantungkan di dinding kandang. Tetapi sekarang kedua2 makanan kambing itu kami hancurkan dengan menggunakan mesin. Rumput dan daun sawit akan menjadi hancur dengan mesin yang mempunyai grinder. Kerja kami menjadi lebih mudah sekarang kerana tiada lagi lebihan batang napier dan pelepah sawit untuk di buang kerana sekarang ianya telah pun menjadi sebahagian makanan kambing.

Wednesday, January 14, 2009

16 JANUARI 2009 ..KAMI KINI SETAHUN JAGUNG

16 Januari 2009...genaplah kami setahun...kambing kami semakin bertambah...ada yang dah beranak untuk kali yang kedua...jumlah keseluruhan kambing setakat blog ni di update adalah sebanyak 83 ekor (termasuk yang baru beranak malam semalam)..Wah...dah nak penuh kandang ni...kandang yang ada sekarang ni boleh muat 100 ekor kambing dewasa je...nampak gayanya, dalam thn ni jugak kena buat kandang no. 2...makin banyak kambing, makin banyak dia makan...kos operasi pun bertambah la....tp insyAllah...ada usaha..ada la kejayaan...aminn...