Thursday, February 28, 2008

My Kandang...

Di bawah adalah pelan kandang kami berukuran 26' x 60'...taklah besar sangat tapi boleh memuatkan sehingga 100 ekor kambing pada satu satu masa...pembinaan kandang mengambil masa hampir 3 bulan..di bina menggunakan kayu baru dan terpakai..



Tuesday, February 19, 2008

Giliran napier dan balik angin..

19 FEB 2008....Selain daun sawit, kali ni giliran rumput napier (ditanam pada november lepas) kami berikan kepada kambing kesayangan kami. Selain mudah di tanam, rumput jenis ni juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, amat penting untuk tumbesaran kambing dan juga di sukai oleh binatang ternakan. Kami potong sebanyak satu pemeluk dewasa untuk anggaran 30 - 40 ekor kambing. Kalo lebih2 nanti takut tak abis plak...kan membazir tu...Selepas di potong, rumput napier yang tinggi tu kitorang hantar ke kandang ternakan boer di kg Batu Rembau untuk di hancurkan menggunakan mesin chopper.. maklumlah..belum ada rezeki untuk mesin chopper sendiri..Daun balik angin juga sesuai untuk di jadikan makanan kambing. Daun jenis ni tumbuh liar di kawasan hutan. Di potong bersama rantingnya sekali kerana kulit ranting tumbuhan ni juga akan di makan oleh kambing. Amat mudah untuk mengenali daun jenis ni..bewarna hijau pekat di bahagian atas dan hijau cerah di sebelah belakang...
Arrrggghhh...pening kepala....harga makanan ternakan makin naik....!!!



Monday, February 4, 2008

Kambing Beranak....lagi...

4 Febuari 2008....Dua ekor kambing kami dari baka jamnapari original beranak lagi...kali ni pada 25 Januari dan 29 Januari. Masing2 lahirkan seekor anak. Alhamdulillah..Jantan pada 25hb (kami namakan Jumaat) dan betina pada 29hb( di namakan comot). Si Jumaat ni ada ciri2 penjantan yang baik. Berat semasa lahir mencatatkan 3.75 kg. Comot pulak 2.9kg...kira orait la tu...normal..
Kambing ni kena di beri makan 2 kali sehari. Pagi lebih kurang 9.30am , di beri makan dedak campuran (PKC, soya, garam dan lain2..). Sebelah petang plak bagi makan daun sawit yang di ambil dari kebun sebelah. Haaa...ni yang perit sikit, nak kena potong daun sawit. Ada la 2-3 kali jugak che mat dengan ayah jatuh masa pikul daun sawit ni naik motor...lepas ni, kriss che mat tu nak di modify untuk memudahkan daun sawit di bawa..tk payah nak pikul2 lagi.. takde la bahaya...


JUMAAT