Sunday, June 29, 2008

Masa Itu Emas



26 JUNE 2008...Masa terus berjalan... anak2 kambing semakin membesar, makin besar anak kambing makin banyak la dia makan..makin banyak juga duit akan di belanjakan untuk beli makanan kambing...oleh itu, kami sedang giat mencari tanah2 bekas sawah yang terbiar untuk di jadikan tapak menanam rumput napier. Kerja2 ni perlu di lakukan sekarang untuk mengelakkan bekalan makanan kambing tidak putus disamping dapat mengurangkan kos makanan yang sedia ada, lagipun..harga makanan kambing semakin menigkat sejak kenaikan harga minyak awal bulan ini..!!

Monday, June 23, 2008

INSENTIF RM500 JUTA BANTU PETANI, PENTERNAK, NELAYAN

JELI 8 Jun - Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM500 juta pada akhir bulan ini untuk membantu golongan petani, penternak dan nelayan ekoran kenaikan pelbagai kos termasuk bahan bakar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, bantuan berupa insentif tunai itu akan di agihkan kepada golongan tersebut selepas mereka mendaftar dengan Jabatan Pertanian di daerah masing-masing.
Beliau berkata, bantuan tersebut merupakan langkah meringankan beban rakyat terutama golongan rendah dan pertengahan berikutan kenaikan pelbagai kos sara hidup termasuk pertanian sejak kebelakangan ini.
"Kerajaan memahami kenaikan input pertanian yang membebankan golongan petani, penternak dan nelayan, lantaran itu kita telah membuat keputusan dan bersetuju menampung sebahagian kenaikan kos pengeluaran tersebut.

Berita selanjutnya klik link utusan di bawah
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0609&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive