15hb April...Pejam celik, aktiviti penternakan kami telah menjangkau 3 bulan. Banyak perubahan telah berlaku di kandang kami. Yang paling ketara adalah jumlah kambing. Pada Januari 2008 kami membawa masuk kambing sebanyak 34 ekor, 25 ekor daripadanya telah pun di buntingkan awal2 lagi. Dan kini selepas 3 bulan, jumlahnya telah meningkat menjadi 69 ekor! Hanya tinggal seekor yang belum melahirkan anak.
Pada bulan pertama aktiviti penternakan, saya dan ayah memang terasa perit untuk membiasakan diri dalam bidang ni. Tetapi berkat pengalaman dan tunjuk ajar Che Mat yang telah berguru di TTSB lebih kurang 3 bulan, sedikit demi sedikit kami berjaya menyerap ilmu yang ada pada dia.
Hari - hari yang mendatang akan lebih mencabar dalam aktiviti penternakan dengan kos makanan ternakan yang semakin naik. Oleh itu kami sedang cuba untuk mencari makanan alternatif yang sesuai untuk kambing bagi mengimbangi kenaikan kos tersebut.
Tuesday, April 15, 2008
Tuesday, April 1, 2008
Banyaknya Anak Kambing Part 2...
1 April...bulan Mac 2008 boleh dikatakan bulan kambing beranak..dengan kumpulan kedua (24 Mac hingga 30 MAc) kelahiran mencatatkan sebanyak 10 ekor lagi anak kambing selamat dilahirkan. Dari 6 kelahiran, 4 darinya kelahiran kembar 2 dan 2 kelahiran tunggal. Memang riuh rendah kandang kami...bulan Mac saja, 21 ekor anak kambing muncul depan mata...macam tak percaya je..alhamdulillah ..rezeki...oh ye, kumpulan pertama anak kambing telah pun di satukan dengan ibu - ibu mereka di dalam petak besar..senang sket nak jaga..
Cuaca kebelakangan ni agak kurang baik...asyik hujan di sebelah petang..membantutkan usaha kami untuk mencari daun sawit di ladang berhampiran...akibatnya, makan dedak jelah kambing tu..
Cuaca kebelakangan ni agak kurang baik...asyik hujan di sebelah petang..membantutkan usaha kami untuk mencari daun sawit di ladang berhampiran...akibatnya, makan dedak jelah kambing tu..
Tuesday, March 11, 2008
Banyaknya Anak Kambing...
10 MAC.... Kambing yang kami beli dari Teguh Ternak pada 31/10/2007 tempoh hari sememangnya telah di kahwinkan awal- awal dan di jangkakan ada yang akan beranak pada bulan Mac atau April 2008...tetapi, dengan tak di sangka2... bermula 2 Mac hingga 10 Mac, 8 ekor ibu kambing telah pun melahirkan anak..bermula dengan 2 Mac ( satu kelahiran - kembar 2 ), 5 Mac (2 kelahiran- masing-masing tunggal) , 6 Mac (satu kelahiran - kembar 2), 8 Mac ( 2 kelahiran - kembar 2 dan tunggal), 9 Mac ( satu kelahiran - tunggal), 10 Mac (satu kelahiran - tunggal) dengan jumlah keseluruhan anak kambing yang lahir adalah sebanyak 11 ekor kesemuanya...aisehman...kadang2 sampai tersalah kira jugak.. banyak yang lahir dalam masa yang singkat...letih Che Mat dan ayah menyambut anak2 kambing ni dan menyusukan mereka...ada 2 - 3 ekor ibu kambing yang menunjukkan tanda2 akan beranak lagi dalam minggu ni!!...
Monday, March 3, 2008
Kelahiran Kambing..
2 MAC...Ketika saya sedang bersiap hendak balik ke senawang dari Rembau, tepat jam 10.08 malam saya di kejutkan dengan panggilan telefon dari Che Mat yang berada di kandang..."Kambing nak beranak...!!" ...Tanpa berlengah lagi, dengan pantas saya memecut kereta ke sana...berikut adalah beberapa situasi yang sempat di rakam semasa menyambut kelahiran anak kambing...
Thursday, February 28, 2008
My Kandang...
Tuesday, February 19, 2008
Giliran napier dan balik angin..
19 FEB 2008....Selain daun sawit, kali ni giliran rumput napier (ditanam pada november lepas) kami berikan kepada kambing kesayangan kami. Selain mudah di tanam, rumput jenis ni juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, amat penting untuk tumbesaran kambing dan juga di sukai oleh binatang ternakan. Kami potong sebanyak satu pemeluk dewasa untuk anggaran 30 - 40 ekor kambing. Kalo lebih2 nanti takut tak abis plak...kan membazir tu...Selepas di potong, rumput napier yang tinggi tu kitorang hantar ke kandang ternakan boer di kg Batu Rembau untuk di hancurkan menggunakan mesin chopper.. maklumlah..belum ada rezeki untuk mesin chopper sendiri..Daun balik angin juga sesuai untuk di jadikan makanan kambing. Daun jenis ni tumbuh liar di kawasan hutan. Di potong bersama rantingnya sekali kerana kulit ranting tumbuhan ni juga akan di makan oleh kambing. Amat mudah untuk mengenali daun jenis ni..bewarna hijau pekat di bahagian atas dan hijau cerah di sebelah belakang...
Arrrggghhh...pening kepala....harga makanan ternakan makin naik....!!!

Arrrggghhh...pening kepala....harga makanan ternakan makin naik....!!!

Monday, February 4, 2008
Kambing Beranak....lagi...
4 Febuari 2008....Dua ekor kambing kami dari baka jamnapari original beranak lagi...kali ni pada 25 Januari dan 29 Januari. Masing2 lahirkan seekor anak. Alhamdulillah..Jantan pada 25hb (kami namakan Jumaat) dan betina pada 29hb( di namakan comot). Si Jumaat ni ada ciri2 penjantan yang baik. Berat semasa lahir mencatatkan 3.75 kg. Comot pulak 2.9kg...kira orait la tu...normal..

Kambing ni kena di beri makan 2 kali sehari. Pagi lebih kurang 9.30am , di beri makan dedak campuran (PKC, soya, garam dan lain2..). Sebelah petang plak bagi makan daun sawit yang di ambil dari kebun sebelah. Haaa...ni yang perit sikit, nak kena potong daun sawit. Ada la 2-3 kali jugak che mat dengan ayah jatuh masa pikul daun sawit ni naik motor...lepas ni, kriss che mat tu nak di modify untuk memudahkan daun sawit di bawa..tk payah nak pikul2 lagi.. takde la bahaya...


Subscribe to:
Posts (Atom)