Mitos & Realiti Memakan Daging Kambing
Mitos 1: Daging kambing hamis. Daging kambing berbau hamis. Ramai yang mempercayai ini kerana penyembelih tidak tahu petua menyembelih. Ada juga yang mempercayai bahawa hempedu kambing tidak dibuang dengan cepat menyebabkannya terkena daging. 2 faktor ini dipercayai kononnya penyebab daging kambing berbau hamis.
Realitinya: Daging kambing berbau hamis kerana kambing yang disembelih mempunyai kadar hormon mengawan (membiak) yang tinggi. Terutama bagi kambing yang telah matang. Ini kerana, kita selalunya menyembelih kambing yang berumur 2 tahun dan ke atas (untuk aqiqah & korban).
Selain itu, kambing yang ingin disembelih kadang-kala dibiarkan sebelum itu bercampur-gaul jantan betina. Ini menyebabkan hormon untuk mengawan tinggi dan mengeluarkan baunya untuk menarik perhatian kambing betina atau jantan untuk mengawan. Inilah yang menyebabkan daging kambing berbau hamis! Oleh itu, bagi menjadikan kambing yang disembelih tidak berbau hamis, asingkan kambing tadi berlainan jantina beberapa hari berjauhan. Kemudian barulah sembelih. InsyaAllah daging kambing tidak lagi berbau hamis. Atau, sembelih kambing muda berumur 8 bulan ke bawah. Contohilah orang arab, kerana mereka memakan daging kambing muda.
Mitos 2: Daging kambing pembawa darah tinggi. Ramai yang mempercayai daging kambing berkolestrol tinggi. Dipercayai juga, sesiapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan "darah tinggi" naik. (Terutamanya orang Melayu)
Realitinya: Menurut kajian, penggunaan daging kambing seluruh dunia adalah yang paling tinggi iaitu 64% berbanding penggunaan sumber daging yang lain. Jika diperhatikan di pasaraya tempatan, daging kambing adalah yang paling mahal harganya iaitu RM35 sekilo kerana permintaan yang tinggi yang merupakan salah satu faktornya. (Daging biri-biri RM25 sekilo).
Selain itu, menurut rujukan yang saya lampirkan di bawah, daging yang terbaik untuk dimakan adalah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang mempunyai kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protien yang terendah berbanding sumber daging lain.
Keadaan pening kepala selepas memakan daging kambing adalah kerana memakan daging kambing yang berumur 2 tahun ke atas (kambing tua). Ini kerana kandungan kolestrol kambing tua memang tinggi. Oleh itu, amalan pemakanan daging kambing yang baik dan rendah lemak dan kolestrol ialah memakan daging kambing yang berumur 8 bulan ke bawah (kambing muda).
Rujukan: http://www.kompas. com/kesehatan/ news/0209/ 02/214614. htm
http://ordergoat. com/nutrition. html
Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.
Thursday, October 18, 2007
Monday, October 8, 2007
Meratakan tapak projek...
7-8 Okt 2007....Satu lagi perubahan besar berlaku ke atas tapak projek...kali ni meratakan tanah pulak....kerja2 bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 5.30 petang..di mulakan dengan jentera mengorek parit di depan tapak projek, untuk meletakkan pembetung (3 buah) bagi membuat jalan supaya jentera dapat naik ke tapak projek...maklumlah, tapak projek ni tinggi sket...hujan yang turun lebih kurang pada pukul 3.45 petang agak menganggu kerja2 jentera...selepas tanah yang tinggi tersebut dapat di sama ratakan dengan tapak rumah menunggu, barulah nampak jalan dan lokasi sebenar yang sesuai untuk tapak kandang kitorang...tapak cadangan kandang terpaksa di alihkan 12 kaki dari pagar sebelah kanan untuk membuat jalan dari pagar utama ke dalam tapak projek.. Emmm...lebar kandang masih belum di tentukan lagi...samaada 24' atau 28'...kena study betul2...tapak untuk tanaman rumput pun sudah di kenal pasti...ada tanah di sawah memang sesuai untuk tanaman rumput,walaupun tak besar mana...tapi ok lah daripada takde....tanah tu pun belum ukur lagi...
Tuesday, August 14, 2007
Dah terang...


- Akhirnya usaha kitorang membersihkan kebun dah nampak hasilnya...kebun dah terang...tak macam 3 bulan dulu, mcm hutan daa....sekarang dah clear beb...cayalah...!!! Sekarang ni kitorang tengah berkira - kira...lokasi sebenar kandang yang nak di bina dan saiznya..ukur punya ukur dan hasil dari survey ke kandang - kandang , ayah cakap nak buat 30' x 60'...emmm...bleh tahan la kot untuk permulaan 20 betina 1 jantan. Cuaca sekarang pun tak tentu...kejap panas...kejap ujan...bulan depan dah start puasa...terbantut la kerja2 kitorang...tgklah, kalo tahan kitorang sambung gak keje time puasa ni...Petang tadi sempat gak kitorang melawat kandang kat Kg Batu. Kambing kat situ baru sampai seminggu dari Australia...banyak gak.. dalam 140 ekor..tapi nampak tak ceria je kambing tu...stress la kot...seminggu dua oklah agaknye..dia buat kandang bawah, kos murah sket...tapi bagi kitorang, banyak kekurangan dari kelebihan buat kandang kat bawah ni...kitorang tetap nak buat kandang atas...
Monday, July 23, 2007
Penyediaan tapak...In progress...


terdekat ni tanah tu akan diratakan... lebar dan panjang kandang masih belum di tetapkan lagi.. untuk permulaan kitorang nak ternak 20 betina : 1 jantan...mungkin saiz kandang 24' x 40'....apa2 pun kena ukur dulu....yeee haaa....
Che mat dan ayah selepas di ambush penyengat
Wednesday, June 27, 2007
Pembersihan Kebun
2.jpg)
2.jpg)
Friday, June 22, 2007
Monday, June 18, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)