
Saturday, May 9, 2009
Kambing Untuk Akikah dan Korban

Saturday, March 21, 2009
Mesin Chopper rumput dengan Grinder..
17 Februari 2009...Setelah setahun kandang kambing kami beroperasi dan dengan bilangan kambing yang semakin bertambah, tibalah masanya kami menggunakan mesin untuk menghancurkan rumput napier dan daun sawit. Sebelum ini, kami hanya memberikan rumput dengan meletakkan nya di dalam tempat makanan manakala daun sawit di gantungkan di dinding kandang. Tetapi sekarang kedua2 makanan kambing itu kami hancurkan dengan menggunakan mesin. Rumput dan daun sawit akan menjadi hancur dengan mesin yang mempunyai grinder. Kerja kami menjadi lebih mudah sekarang kerana tiada lagi lebihan batang napier dan pelepah sawit untuk di buang kerana sekarang ianya telah pun menjadi sebahagian makanan kambing.
Wednesday, January 14, 2009
16 JANUARI 2009 ..KAMI KINI SETAHUN JAGUNG
16 Januari 2009...genaplah kami setahun...kambing kami semakin bertambah...ada yang dah beranak untuk kali yang kedua...jumlah keseluruhan kambing setakat blog ni di update adalah sebanyak 83 ekor (termasuk yang baru beranak malam semalam)..Wah...dah nak penuh kandang ni...kandang yang ada sekarang ni boleh muat 100 ekor kambing dewasa je...nampak gayanya, dalam thn ni jugak kena buat kandang no. 2...makin banyak kambing, makin banyak dia makan...kos operasi pun bertambah la....tp insyAllah...ada usaha..ada la kejayaan...aminn...






Wednesday, October 1, 2008
SELAMAT HARI RAYA 2008...
Sunday, September 7, 2008
Selamat Berpuasa...
7 SEPT. Bulan ramadan tiba lagi. Tapi kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Kali ini kami begelar sebagai penternak kambing. Masih lagi teringat pada tahun lepas, ketika bulan puasa juga kami sedang sibuk membersihkan kawasan kebun untuk di jadikan tapak kandang kambing. Terasa perit jugak ketika itu kerana sedang berpuasa.Tetap teruskan jugak...tetapi buat mana yang termampu...
Tetapi sekarang kandang telah pun siap. Kambing pun ada yang dah beranak. Tetapi ini baru permulaan. Perjalanan masih lagi jauh...
Sunday, August 3, 2008
SUSU KAMBING
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
· Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
· Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
· Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
· Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
· Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
· Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
· Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
· Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
· Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
· Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
- Unsur pemakanan yang hampir lengkap
- Kurang alahan (kandungan alpha-s1 casien dan lactose yang rendah)
- Tidak perlu di homogenise (globule lemak kecil)
- Buffering Capacity (BC) yang tinggi, bersifat alkali
- baik untuk mengubati ulser perut
- Ada unsur antifungal dan antibacteria, baik untuk jangkitan kulat pada urogenital
- Digunakan untuk mengubati penyakit kuning
- Kalsium tinggi, menghindar osteoporosis/kereputan tulang, menghindar kanser colon, migraine.
Fakta diambil dari
Thursday, July 24, 2008
BERJAYA GOAT FARM
24 JULAI 2008... Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi kami. Setelah 6 bulan bertungkus lumus mengusahakan projek penternakan kambing, dan dengan 30 nama yang telah di senarai pendek, dengan rasminya kami kini adalah BERJAYA GOAT FARM yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, N.Sembilan. Dan produk pertama keluaran syarikat kami adalah susu kambing. Jika sesiapa yang memerlukan atau yang hendak mencuba susu kambing asli, sila hubungi SULAIMAN (ayah) 017-6861781 atau SHAHRIL (che mat) 012-6333748.


Subscribe to:
Posts (Atom)