Monday, March 3, 2008

Kelahiran Kambing..

2 MAC...Ketika saya sedang bersiap hendak balik ke senawang dari Rembau, tepat jam 10.08 malam saya di kejutkan dengan panggilan telefon dari Che Mat yang berada di kandang..."Kambing nak beranak...!!" ...Tanpa berlengah lagi, dengan pantas saya memecut kereta ke sana...berikut adalah beberapa situasi yang sempat di rakam semasa menyambut kelahiran anak kambing...







Thursday, February 28, 2008

My Kandang...

Di bawah adalah pelan kandang kami berukuran 26' x 60'...taklah besar sangat tapi boleh memuatkan sehingga 100 ekor kambing pada satu satu masa...pembinaan kandang mengambil masa hampir 3 bulan..di bina menggunakan kayu baru dan terpakai..



Tuesday, February 19, 2008

Giliran napier dan balik angin..

19 FEB 2008....Selain daun sawit, kali ni giliran rumput napier (ditanam pada november lepas) kami berikan kepada kambing kesayangan kami. Selain mudah di tanam, rumput jenis ni juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, amat penting untuk tumbesaran kambing dan juga di sukai oleh binatang ternakan. Kami potong sebanyak satu pemeluk dewasa untuk anggaran 30 - 40 ekor kambing. Kalo lebih2 nanti takut tak abis plak...kan membazir tu...Selepas di potong, rumput napier yang tinggi tu kitorang hantar ke kandang ternakan boer di kg Batu Rembau untuk di hancurkan menggunakan mesin chopper.. maklumlah..belum ada rezeki untuk mesin chopper sendiri..Daun balik angin juga sesuai untuk di jadikan makanan kambing. Daun jenis ni tumbuh liar di kawasan hutan. Di potong bersama rantingnya sekali kerana kulit ranting tumbuhan ni juga akan di makan oleh kambing. Amat mudah untuk mengenali daun jenis ni..bewarna hijau pekat di bahagian atas dan hijau cerah di sebelah belakang...
Arrrggghhh...pening kepala....harga makanan ternakan makin naik....!!!



Monday, February 4, 2008

Kambing Beranak....lagi...

4 Febuari 2008....Dua ekor kambing kami dari baka jamnapari original beranak lagi...kali ni pada 25 Januari dan 29 Januari. Masing2 lahirkan seekor anak. Alhamdulillah..Jantan pada 25hb (kami namakan Jumaat) dan betina pada 29hb( di namakan comot). Si Jumaat ni ada ciri2 penjantan yang baik. Berat semasa lahir mencatatkan 3.75 kg. Comot pulak 2.9kg...kira orait la tu...normal..
Kambing ni kena di beri makan 2 kali sehari. Pagi lebih kurang 9.30am , di beri makan dedak campuran (PKC, soya, garam dan lain2..). Sebelah petang plak bagi makan daun sawit yang di ambil dari kebun sebelah. Haaa...ni yang perit sikit, nak kena potong daun sawit. Ada la 2-3 kali jugak che mat dengan ayah jatuh masa pikul daun sawit ni naik motor...lepas ni, kriss che mat tu nak di modify untuk memudahkan daun sawit di bawa..tk payah nak pikul2 lagi.. takde la bahaya...


JUMAAT

Monday, January 21, 2008

Kambing dah masuk..

16 Januari 2008....Hari yang sangat di tunggu - tunggu oleh kami dah tiba. Hari ni kambing yang kami beli dari Teguh Ternak Sdn Bhd akan di pindahkan ke kandang kami yang terletak di Kampung Mampong Hilir, Rembau N. Sembilan. Pada mulanya ia di jadualkan berpindah sebelum tengahari. Tetapi terdapat sedikit masalah berkenaan permit di Jabatan Perkhidmatan Haiwan N.Sembilan. Cobaan..! Terlewat hampir 1 jam, barulah permit dapat di keluarkan. Apabila tiba di Teguh Ternak lebih kurang pukul 2 dari Seremban, didapati kambing dah pun "ready" di dalam lori, hanya menunggu permit.
Setelah bekalan makanan kambing di isi dalam van ayah, kami bertolak menuju ke N.Sembilan pada 2.20 petang. Oleh kerana lori tak cukup besar untuk membawa kesemua 34 ekor kambing, pemindahan akan di lakukan sebanyak 2 kali iaitu 17 ekor untuk sekali pemindahan. Alhamdulillah, walaupun perjalanan agak mencabar dengan panas dan hujan ketika di highway, kami selamat sampai tepat jam 4.30 petang. Dan trip kedua pemindahan tiba lebih kurang 10.15 malam.


Monday, January 7, 2008

90% siap...

SELAMAT TAHUN BARU 2008... tahun ni di jangka tahun yang sibuk untuk kami dengan akitiviti peternakan kambing. Tahun permulaan dan mencabar . Kandang yang di tunggu tunggu dah lebih kurang 90% siap..sehingga artikal ni di tulis, tinggal 9 hari saja lagi kambing akan sampai dari Teguh Ternak. Berita baik yang baru di terima dari Che Mat dari Teguh Ternak, 2 ekor jamnapari original milik kami telah pun melahirkan anak. Ibu yang pertama beranak pada 23/12/2007 - 1 ekor jantan, 1 betina..tapi yang betina mati 2 hari kemudian, takde rezeki la tu...yang jantan tu kami namakan AWAL. Ibu yang ke 2 beranak pada 5/1/2008 - 1 ekor jantan, 1 ekor betina..kami namakan TUAH dan TANIA. hahaha...kira ok la tu kan..senang nak ingat..Tak sabar nak tunggu 16/1/2008....kambing masuk!...kambing masuk! yeeehaaaa....


Wednesday, November 28, 2007

Bina Kandang...

18 Nov 2007...Tarikh mulanya pembinaan kandang...ukuran muktamad kandang yang akan di bina adalah 26' x 60'....tiang konkrit 6' tinggi....berlantai simen (untuk memudahkan najis kambing di bersih dan di kumpulkan)...dan berlongkang...sebelum tu pembinaan pagar di keliling kawasan kebun sudah hampir siap...termasuk pintu masuk utama...jangkaan kandang siap pada 15 Januari 2008 sebab kambing masuk pun dalam bulan Januari gak.....ada la dalam 34 ekor jamnapari... Che mat pun tengah praktikal training kat Teguh Ternak...tapi sekali sekala balik kampung, tengok perkembangan kandang....pastu sambung praktikal lagi...