19 FEB 2008....Selain daun sawit, kali ni giliran rumput napier (ditanam pada november lepas) kami berikan kepada kambing kesayangan kami. Selain mudah di tanam, rumput jenis ni juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, amat penting untuk tumbesaran kambing dan juga di sukai oleh binatang ternakan. Kami potong sebanyak satu pemeluk dewasa untuk anggaran 30 - 40 ekor kambing. Kalo lebih2 nanti takut tak abis plak...kan membazir tu...Selepas di potong, rumput napier yang tinggi tu kitorang hantar ke kandang ternakan boer di kg Batu Rembau untuk di hancurkan menggunakan mesin chopper.. maklumlah..belum ada rezeki untuk mesin chopper sendiri..Daun balik angin juga sesuai untuk di jadikan makanan kambing. Daun jenis ni tumbuh liar di kawasan hutan. Di potong bersama rantingnya sekali kerana kulit ranting tumbuhan ni juga akan di makan oleh kambing. Amat mudah untuk mengenali daun jenis ni..bewarna hijau pekat di bahagian atas dan hijau cerah di sebelah belakang...
Arrrggghhh...pening kepala....harga makanan ternakan makin naik....!!!
