
BLOG INI ADALAH CATITAN DIARI KAMI DALAM PROJEK PENTERNAKAN KAMBING. SEBARANG PERTANYAAN KHUSUS DLM BIDANG INI ADALAH DISARANKAN UNTUK MERUJUK KEPADA YANG PAKAR. "Sampai bila kita nak kerja bawah orang? Sampai bila kita nak ikut telunjuk orang? Bila kita nak jadi BOS? Bila kita nak ada bisnes sendiri? KAMBING...ya...kambing lah bakal sumber pendapatan utama kita..Di mana ada usaha di situ ada kejayaan..InsyaAllah.."

13 Ogos 2007
22 Julai 2007 - Kawasan tapak cadangan kandang kambing semakin terang...perkembangan yang sehat tuh..cuma ada beberapa semak je yang belum di settle kan lagi..kitorang cadang nak buat kandang bertingkat di sebelah pagar, memanjang ke bawah...tanah kat situ kena ratakan dulu pakai jentolak...
baru senang nak buat kandang...mungkin dalam waktu2.jpg)
19 Jun 2007 - Kerja - kerja pembersihan kebun telah pun bermula. Banyak pokok pokok liar di tebang, semak samun di racun. Pembersihan bermula lebih kurang pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, setiap hari oleh che mat dan ayah. Sebelah petang pula, kerja - kerja dimulakan pada pukul 4 hingga 6 petang. Perancangan kami nak tanam rumput Napier kat dalam kebun ni jugak, tapi kena carik tempat yang sesuai - mungkin sebelah kolam terbiar tu. Ehmmm....idea yang baik..tapi kena plan betul - betul walaupun lambat lagi, rumput tu kena tanam awal untuk tengok kesesuaian tempat. Kalau tempat tu tak sesuai, bleh tanam tempat lain pulak. Di samping tu, kitorang nak tanam "Rumput Signal", "Rumput Para" atau "Rumput Kuda" untuk kambing ragut. Aku pun tak penah dengar rumput jenis ni sebenarnya... tapi boleh cari kot..kena rajin cari dalam internet la...