Monday, January 21, 2008

Kambing dah masuk..

16 Januari 2008....Hari yang sangat di tunggu - tunggu oleh kami dah tiba. Hari ni kambing yang kami beli dari Teguh Ternak Sdn Bhd akan di pindahkan ke kandang kami yang terletak di Kampung Mampong Hilir, Rembau N. Sembilan. Pada mulanya ia di jadualkan berpindah sebelum tengahari. Tetapi terdapat sedikit masalah berkenaan permit di Jabatan Perkhidmatan Haiwan N.Sembilan. Cobaan..! Terlewat hampir 1 jam, barulah permit dapat di keluarkan. Apabila tiba di Teguh Ternak lebih kurang pukul 2 dari Seremban, didapati kambing dah pun "ready" di dalam lori, hanya menunggu permit.
Setelah bekalan makanan kambing di isi dalam van ayah, kami bertolak menuju ke N.Sembilan pada 2.20 petang. Oleh kerana lori tak cukup besar untuk membawa kesemua 34 ekor kambing, pemindahan akan di lakukan sebanyak 2 kali iaitu 17 ekor untuk sekali pemindahan. Alhamdulillah, walaupun perjalanan agak mencabar dengan panas dan hujan ketika di highway, kami selamat sampai tepat jam 4.30 petang. Dan trip kedua pemindahan tiba lebih kurang 10.15 malam.


3 comments:

azman_sa said...

Tahniah, Tahniah dan Tahniah Saudara kerana step utk bawa kambing ke kandang dah settle.

Mcm mana dgn ternakan di tempat baru, ada kambing yang stress tak? Harap2 tak ader. Wah sampai 2 kali round untuk ambil kambing. Memang saya respek.

Dengar kata nanti joint kursus kat TTSB, betul ke? Nanti boleh le borak panjang ckit.

boerian said...

salam..

tahniah kerana dah makin maju nampak...

Sulaiman , Che Mat, Shah Rull said...

terima kasih kawan...buat masa ni saya tk bercadang lagi nak join kursus di TTSB tu...sebab agak bz dgn kandang...maybe akan datang...tp bukan waktu terdekat..