Monday, January 7, 2008

90% siap...

SELAMAT TAHUN BARU 2008... tahun ni di jangka tahun yang sibuk untuk kami dengan akitiviti peternakan kambing. Tahun permulaan dan mencabar . Kandang yang di tunggu tunggu dah lebih kurang 90% siap..sehingga artikal ni di tulis, tinggal 9 hari saja lagi kambing akan sampai dari Teguh Ternak. Berita baik yang baru di terima dari Che Mat dari Teguh Ternak, 2 ekor jamnapari original milik kami telah pun melahirkan anak. Ibu yang pertama beranak pada 23/12/2007 - 1 ekor jantan, 1 betina..tapi yang betina mati 2 hari kemudian, takde rezeki la tu...yang jantan tu kami namakan AWAL. Ibu yang ke 2 beranak pada 5/1/2008 - 1 ekor jantan, 1 ekor betina..kami namakan TUAH dan TANIA. hahaha...kira ok la tu kan..senang nak ingat..Tak sabar nak tunggu 16/1/2008....kambing masuk!...kambing masuk! yeeehaaaa....


3 comments:

azman_sa said...

Salam, terima kasih sebab sudi jengok blog saya. Saya pun berharap kita saling berhubung untuk saling bertukar pendapat. Dengar kata nak bawa kambing minggu depan. Kalau ada masa saya nak ke tempat saudara. Boleh ke?

Sulaiman , Che Mat, Shah Rull said...

Tarikh baru kambing akan masuk ialah 16/1/2008 di kandang Rembau....cik azman boleh melawat bila2 masa selepas tarikh itu. Jgn lupa call dulu che mat
012-6333748...

azman_sa said...

Insyaallah. Tapi saya tak tahu ke sana. Nanti saya akan call che mat.