Wednesday, June 27, 2007

Pembersihan Kebun

19 Jun 2007 - Kerja - kerja pembersihan kebun telah pun bermula. Banyak pokok pokok liar di tebang, semak samun di racun. Pembersihan bermula lebih kurang pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, setiap hari oleh che mat dan ayah. Sebelah petang pula, kerja - kerja dimulakan pada pukul 4 hingga 6 petang. Perancangan kami nak tanam rumput Napier kat dalam kebun ni jugak, tapi kena carik tempat yang sesuai - mungkin sebelah kolam terbiar tu. Ehmmm....idea yang baik..tapi kena plan betul - betul walaupun lambat lagi, rumput tu kena tanam awal untuk tengok kesesuaian tempat. Kalau tempat tu tak sesuai, bleh tanam tempat lain pulak. Di samping tu, kitorang nak tanam "Rumput Signal", "Rumput Para" atau "Rumput Kuda" untuk kambing ragut. Aku pun tak penah dengar rumput jenis ni sebenarnya... tapi boleh cari kot..kena rajin cari dalam internet la...

Friday, June 22, 2007

Kenali Kambing Anda

Jermasia Kalahari

Anglo Nubian

Boer

Feral

French Alpine
Jamnapari

Saneen

Monday, June 18, 2007

Sekitar kursus 25 - 27 Mei 2007




Kursus kambing di AB HALIM SAMIAH GOAT FARM & ENTERPRISE Alor Gajah, Melaka.

Berikut adalah di antara gambar - gambar semasa kami menyertai kursus dan amali penternakan kambing komersil pada 25-27 Mei 2007 di AB HALIM SAMIAH GOAT FARM & ENTERPRISE Alor Gajah, Melaka. Thanks Cikgu Halim...
Antara modul yang di tawarkan di dalam kursus tersebut adalah :

1. Pengenalan baka dan pengurusan pembiakan.
2. Nutrien dan pemakanan kambing.
3. Pembinaan kandang.
4. Pengurusan pastura dan fodder.
5. Pengurusan penyakit.
6. Rawatan kesihatan.
7. Pengurusan anak dan pembesaran.
8. Perancangan kos/kewangan penyimpanan rekod.

Cita - cita kami sekeluarga hendak membuka ladang ternakan kambing pada awal tahun 2008. InsyaAllah, jika di izinkan tuhan projek akan bermula pada bulan Januari.