Monday, February 4, 2008

Kambing Beranak....lagi...

4 Febuari 2008....Dua ekor kambing kami dari baka jamnapari original beranak lagi...kali ni pada 25 Januari dan 29 Januari. Masing2 lahirkan seekor anak. Alhamdulillah..Jantan pada 25hb (kami namakan Jumaat) dan betina pada 29hb( di namakan comot). Si Jumaat ni ada ciri2 penjantan yang baik. Berat semasa lahir mencatatkan 3.75 kg. Comot pulak 2.9kg...kira orait la tu...normal..
Kambing ni kena di beri makan 2 kali sehari. Pagi lebih kurang 9.30am , di beri makan dedak campuran (PKC, soya, garam dan lain2..). Sebelah petang plak bagi makan daun sawit yang di ambil dari kebun sebelah. Haaa...ni yang perit sikit, nak kena potong daun sawit. Ada la 2-3 kali jugak che mat dengan ayah jatuh masa pikul daun sawit ni naik motor...lepas ni, kriss che mat tu nak di modify untuk memudahkan daun sawit di bawa..tk payah nak pikul2 lagi.. takde la bahaya...


JUMAAT

No comments: