Sunday, July 19, 2009

SILAJ

19 Julai 2009...Silaj adalah sejenis makanan dari tumbuhan seperti batang jagung, rumput napier, daun daun liar yang telah di mesin kemudian di peram. Kami juga tidak ketinggalan untuk membuat silaj bagi kegunaan kambing kami. Menurut Che Mat, tumbuhan yang sesuai untuk dijadikan silaj adalah batang jagung(daun pun boleh) dan rumput napier. Ini kerana tumbuhan ini mempunyai protein yang tinggi yang di perlukan untuk tumbesaran kambing. Tetapi kami hanya menggunakan napier dan daun sawit kerana mudah didapati di kawasan kami. Daun sawit pula mempunyai bahan antioksida dan dapat mencantikkan bulu kambing.

Selepas di mesin, daun yang telah hancur di padatkan kedalam tong drum plastik dengan 3 lapisan. Setiap lapisan, hendaklah di masukkan molases (3/4 gayung mandi), garam kasar (1/2 genggam) dan air (1/2 gayung). Jika menggunakan daun sawit, digalakkan lebihkan air kerana sawit adalah bahan kering. Juga boleh di masukkan EM (Effective Microorganisms) jika suka kerana EM adalah bakteria baik yang dapat menyihatkan dan menghilangkan bau tinja kambing. Kemudian, tong hendaklah di tutup rapat (kedap udara) supaya tiada benda asing dapat masuk dan tahan lebih lama. Silaj sesuai di peram selama 2 minggu sebelum di berikan kepada ternakan. Silaj juga sesuai di gunakan apabila tibanya musim hujan, di mana pergerakan untuk menebang rumput napier terbatas. Selamat mencuba !

1 comment:

en_me said...

nice info.. keep it up