Tuesday, April 15, 2008

Kami Kini 3 Bulan...

15hb April...Pejam celik, aktiviti penternakan kami telah menjangkau 3 bulan. Banyak perubahan telah berlaku di kandang kami. Yang paling ketara adalah jumlah kambing. Pada Januari 2008 kami membawa masuk kambing sebanyak 34 ekor, 25 ekor daripadanya telah pun di buntingkan awal2 lagi. Dan kini selepas 3 bulan, jumlahnya telah meningkat menjadi 69 ekor! Hanya tinggal seekor yang belum melahirkan anak.
Pada bulan pertama aktiviti penternakan, saya dan ayah memang terasa perit untuk membiasakan diri dalam bidang ni. Tetapi berkat pengalaman dan tunjuk ajar Che Mat yang telah berguru di TTSB lebih kurang 3 bulan, sedikit demi sedikit kami berjaya menyerap ilmu yang ada pada dia.
Hari - hari yang mendatang akan lebih mencabar dalam aktiviti penternakan dengan kos makanan ternakan yang semakin naik. Oleh itu kami sedang cuba untuk mencari makanan alternatif yang sesuai untuk kambing bagi mengimbangi kenaikan kos tersebut.

3 comments:

Aima Othman said...

comeynye kambing2 ko nih...
pergh..kagum2 :D
anak2 kambing kuat makan eh?

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Dieta, I hope you enjoy. The address is http://dieta-brasil.blogspot.com. A hug.

Pak Oncu said...

salam,,,,,,, hebat kau Jang,,, semogo berjayo.........