Monday, October 8, 2007

Meratakan tapak projek...

7-8 Okt 2007....Satu lagi perubahan besar berlaku ke atas tapak projek...kali ni meratakan tanah pulak....kerja2 bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 5.30 petang..di mulakan dengan jentera mengorek parit di depan tapak projek, untuk meletakkan pembetung (3 buah) bagi membuat jalan supaya jentera dapat naik ke tapak projek...maklumlah, tapak projek ni tinggi sket...hujan yang turun lebih kurang pada pukul 3.45 petang agak menganggu kerja2 jentera...selepas tanah yang tinggi tersebut dapat di sama ratakan dengan tapak rumah menunggu, barulah nampak jalan dan lokasi sebenar yang sesuai untuk tapak kandang kitorang...tapak cadangan kandang terpaksa di alihkan 12 kaki dari pagar sebelah kanan untuk membuat jalan dari pagar utama ke dalam tapak projek.. Emmm...lebar kandang masih belum di tentukan lagi...samaada 24' atau 28'...kena study betul2...tapak untuk tanaman rumput pun sudah di kenal pasti...ada tanah di sawah memang sesuai untuk tanaman rumput,walaupun tak besar mana...tapi ok lah daripada takde....tanah tu pun belum ukur lagi...





No comments: