Wednesday, January 13, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

14 Jan 2010... Selamat menyambut tahun 2010. Agak lama saya tidak mengupdate blog ni, kalo tak silap ada la dalam 3 bulan lebih. Sebenarnya saya sangat sibuk dengan kerja seharian. Aktiviti di kandang juga berjalan seperti biasa. Kelahiran kambing dengan pelbagai kambing kacukan juga berlaku di kandang kami. InsyaAllah azam tahun 2010 ni kami akan bekerja lebih kuat dalam bidang ni.

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

24 Sept 2009.. ..Kami dari BERJAYA GOAT FARM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sahabat sahabat penternak dan juga pelawat pelawat blog kami. Semoga lepas raya ni kita dapat bekerja lebih kuat untuk memajukan industri kambing negara...

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Berpuasa

9 Sept 2009... Selamat berpuasa...hari ni genaplah 19 hari umat islam menjalani ibadah puasa. Pada 22 Ogos lalu, iaitu hari pertama kita berpuasa, kandang kami menerima seekor lagi ahli baru. Kali ini anak jantan boer pula. Boer kelahiran pertama di kandang BERJAYA GOAT FARM. Sempena kelahirannya pada 1 Ramadan, kami namakan anak kambing itu PUASA . Heheh....senang sikit nak ingat...


Sunday, July 19, 2009

SILAJ

19 Julai 2009...Silaj adalah sejenis makanan dari tumbuhan seperti batang jagung, rumput napier, daun daun liar yang telah di mesin kemudian di peram. Kami juga tidak ketinggalan untuk membuat silaj bagi kegunaan kambing kami. Menurut Che Mat, tumbuhan yang sesuai untuk dijadikan silaj adalah batang jagung(daun pun boleh) dan rumput napier. Ini kerana tumbuhan ini mempunyai protein yang tinggi yang di perlukan untuk tumbesaran kambing. Tetapi kami hanya menggunakan napier dan daun sawit kerana mudah didapati di kawasan kami. Daun sawit pula mempunyai bahan antioksida dan dapat mencantikkan bulu kambing.

Selepas di mesin, daun yang telah hancur di padatkan kedalam tong drum plastik dengan 3 lapisan. Setiap lapisan, hendaklah di masukkan molases (3/4 gayung mandi), garam kasar (1/2 genggam) dan air (1/2 gayung). Jika menggunakan daun sawit, digalakkan lebihkan air kerana sawit adalah bahan kering. Juga boleh di masukkan EM (Effective Microorganisms) jika suka kerana EM adalah bakteria baik yang dapat menyihatkan dan menghilangkan bau tinja kambing. Kemudian, tong hendaklah di tutup rapat (kedap udara) supaya tiada benda asing dapat masuk dan tahan lebih lama. Silaj sesuai di peram selama 2 minggu sebelum di berikan kepada ternakan. Silaj juga sesuai di gunakan apabila tibanya musim hujan, di mana pergerakan untuk menebang rumput napier terbatas. Selamat mencuba !

Monday, June 22, 2009

Kambing Cross

21 JUNE 2009....Kambing Cross..Apakah yang di maksudkan dengan kambing cross?. Kambing cross bermaksud kambing yang telah di kacukkan. Contoh : Boer dengan Jamnapari, boer dengan saneen, jamnapari dengan kambing kampung,boer dengan kambing kampung dan sebagainya. Tujuan mengkacukkan kambing adalah untuk mendapatkan baka yang lebih baik dari baka yang sebelumnya. Seperti Jamnapari dengan Boer- akan mendapat kambing yang tinggi dan mempunyai isi seperti boer dan juga mempunyai susu yang banyak seperti jamnapari.
Pada Ahad lepas, kami telah menghantar 4 ekor kambing jamnapari betina ke kandang HJ. Bakli di Chembong untuk di kahwinkan dengan jantan Saneen. Supaya anaknya nanti bila dewasa, dapat menghasilkan susu yang banyak. Kami tiba di kandang HJ. Bakli lebih kurang pukul 11.10 pagi. Menyambut kedatangan kami dan 4 ekor "anak dara" adalah pekerja Hj. Bakli yang bernama Ali.